Langgar SOP: Tiga pemilik premis dan seorang individu dikompaun RM10,000 di Sibu

oleh SALINA JALIL|
Empat individu dikenakan kompaun RM10,000 masing-masing selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak Covid-19 dalam satu operasi pemantauan di Bandar Baru Sibu Jaya semalam.


Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mereka yang dikompaun termasuk seorang wanita berusia 23 tahun yang tidak memakai pelitup muka.

 

"Tiga lagi adalah pemilik premis, iaitu dua kedai gunting rambut dan satu kedai makan.

 

"Pemilik kedai makan, iaitu seorang lelaki berusia 53 tahun, dikompaun selepas gagal menyelia dan mengawal pergerakan keluar masuk pelanggan, sementara dua pemilik kedai gunting, iaitu seorang wanita berusia 67 tahun dan lelaki, 32 tahun, didapati tidak menggunakan sarung tangan dan apron pakai buang," katanya.

 

 

Pada 11 Mac lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, nilai kompaun bagi pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 yang dikuatkuasakan menerusi pewartaan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Syarikat tersebut didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 Ogos 2024 di sebuah premis di Jeti…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhammad Rizal Alias berkata dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu,…
Berita Domestik
"Ia susulan penahanan dua beradik yang juga pengusaha stesen minyak, pembantu penguat kuasa dan…