PKP: Leka main mahhjong dalam bengkel, 7 lelaki ditahan

oleh SALINA JALIL|
Polis telah menahan tujuh lelaki di Sibu, Sarawak kerana perjudian haram di Durin selain melanggar perintah kawalan pergerakan yang sedang berkuatkuasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Polis Daerah, Stanley Jonathan Ringgit berkata, pasukan polis telah memeriksa bengkel kereta pada kira-kira 3.40 petang pada 31 Mac dan mendapati tujuh suspek sedang leka bermain permainan mahjong di bengkel tersebut.

 

Polis menangkap tujuh lelaki tersebut serta merampas dua set mahjong, dua meja kayu, enam kerusi plastik dan wang tunai RM505 daripada mereka.

 

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Perjudian Rumah Awam dan di bawah Peraturan 7 Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Terjejas) Peraturan 2020 kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan .

 

 

 

sumber:TheStar

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…