Kereta langgar pokok, Ketua Polis Daerah Sibu cedera ringan

oleh SALINA JALIL|
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit bernasib baik hanya mengalami cedera ringan walaupun keretanya remuk teruk di bahagian hadapan selepas melanggar pokok.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam tadi, kereta Proton Waja yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua, Jalan Lanang, Sibu.

 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu dan menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu ke lokasi kejadian.

 

"Kereta Proton Waja yang dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan lalu melanggar pokok di tepi jalan.

 

"Mangsa yang tersepit hanya cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Katanya, mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan diberi rawatan awal oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

 

 

 

sumber: BH

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Azam Ismail, berkata suspek yang…
Informasi
  Mengikut pertuduhan kes, dia didakwa memandu kenderaan jenis Toyota Hilux di bawah pengaruh…
Informasi
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at,…