Tempahan Defender Convertible kini dibuka, lima unit sahaja, harga dari RM648k!

oleh Mohamad Hanif|
Penghujung tahun lalu, Heritage Customs diberitakan akan menghasilkan tidak kurang daripada lima unit Defender 90 kustom, di mana setiap satunya akan menampilkan rekaan bumbung convertible jenis soft-top.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, tempahan bagi model Valiance Convertible telah pun dibuka dan seperti yang diberitakan, hanya lima unit sahaja yang akan diproduksikan oleh Heritage Customs dengan tiga pilihan tema iaitu Côte d’Azur, Solihull Sand, dan Kokkini Paralia.

Baca: Defender Convertible oleh Heritage Customs

 

Heritage


Harus diingatkan, unit binaan kustom oleh Heritage Customs ini tidak datang dengan harga yang murah.

Proses modifikasi sahaja menelan belanja sekitar €84,700 (RM396,321) tidak termasuk model penderma Defender 90) dan jika disekalikan dengan harga jualan Defender 90, anda mungkin memerlukan wang sebanyak €138,500 atau RM648,057) untuk kos keseluruhan.
 

Heritage


Produksi Valiance Convertible dijangka akan bermula pada tahun ini.

Baca: Land Rover Defender 2021

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Valiance Convertible ini akan menggunakan asas daripada Defender 90 dua pintu. Bumbung asal serta…
Berita Global
Salah satu daripadanya adalah Heritage Customs, di mana mereka baru-baru ini memperlihatkan projek…