Heritage Customs tawar Defender dengan kemasan Tuxedo Black

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada rupa standard Land Rover Defender yang sudah cukup cantik itu, terdapat juga sesetengah pihak yang sudah mula menawarkan kit badan yang bersesuaian untuk dipadankan pada Defender itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Salah satu daripadanya adalah Heritage Customs, di mana mereka baru-baru ini memperlihatkan projek yang dinamakan sebagai Valiance Tuxedo Black.
 

Defender


Seperti namanya, Land Rover Defender ini dilayangkan dengan warna hitam Tuxedo Black, selain membuat beberapa perubahan seperti pemasangan rak bumbung yang besar, serta tangga mini di bahagian sisi SUV ini.

Terdapat juga tempat meletak perkakasan kecil di bahagian sisi, dan keeempat-empat sudut dipasangkan dengan rim aloi tempa bersaiz 22 inci yang berwarna hitam Tuxedo Black.
 

Defender


Pembeli juga boleh menempah kemasan yang berbeza seperti potongan berlian atau matte black, atau dengan menempah rim yang bersaiz 20 inci.

Untuk kemasan ruang kabin, pihak Heritage Customs telah memasang set pedal logam baharu, serta kemasan warna Tuxedo Black pada bahagian bawah roda stereng, bahagian bawah konsol tengah, papan pemuka, pelindung pembesar suara dan juga pemegang pintu.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Kini, tempahan bagi model Valiance Convertible telah pun dibuka dan seperti yang diberitakan, hanya…
Berita Global
Valiance Convertible ini akan menggunakan asas daripada Defender 90 dua pintu. Bumbung asal serta…