Lamborghini Huracan EVO - lebih aerodinamik, prestasi menyerupai Huracan Performante

oleh Mohamad Hanif|
'Lembu tempur Sepanyol' atau nama rasminya Huracan kini didatangkan dalam versi Huracan EVO dengan prestasi kini menyerupai angka yang dicapai oleh Huracan Performante.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Huracan EVO didatangkan dengan beberapa kemas kini terhadap bahagian kosmetik, seperti bumper hadapan, splitter hadapan, bukaan ruang udara yang lebih luas berbentuk Y, selain daripada rim baharu dan bukaan udara pada sisi kenderaan. 

Apa yang menariknya, perubahan posisi tip ekzos yang lebih tinggi berbanding model terdahulu menampakkan Huracan nampak menyerlah. 

Perubahan tersebut tidak terhenti setakat itu. 


Aspek aerodinamik juga turut diambil kira bagi menambah baik daya turun (downforce) di samping memaksimumkan keberkesanan aliran udara ketika pemanduan laju.

Hasilnya, Huracan EVO mempunyai aerodinamik lima kali lebih baik berbanding model terawal Huracan!

Huracan juga hadir dengan sistem stereng roda belakang, sistem kawalan vektor empat roda, sistem suspensi aktif magnetorheological, sistem kawalan cengkaman termaju, sistem pacuan semua roda yang dinaiktaraf, serta respons stereng yang turut dipertingkatkan. 

 


Memasuki ruang dalaman, Huracan EVO diberikan trim EVO terdiri daripada kemasan alcantara dan kulit, selain kemasan Arancio Dryope bagi menyamai kemasan Arancio Xanto di bahagian luar. 

Pemilik juga boleh memilih untuk memasang kemasan daripada Carbon Forged Composites dan Carbon Skin daripada Lamborghini untuk digandingkan bersama sistem lampu suram yang boleh diubah mengikut kehendak peribadi. 
 


Dari segi kuasa, Huracan EVO menggunakan enjin bentangan V10 aspirasi natural 5.2 liter yang mampu menghasilkan 631 hp dan 600 Nm, peningkatan sebanyak 29 hp daripada model terdahulu. 

Terima kasih kepada berat kering sekitar 1,422 kg sahaja, Huracan EVO mampu memecut sepantas 2.9 saat dari pegun ke 100 km/j, manakala 0-200 km/j hanya sekitar 9 saat sahaja, menyamai prestasi Huracan Performante. 

Bagi mengawal kuasa tersebut, Huracan EVO didatangkan dengan ciri pemproses Lamborghini Dinamica Veicolo Integrata (LDVI) untuk memantau setiap aspek dinamik, selain dibantu dengan sensor Lamborghini Piattaforma Inzerziale (LPS) yang diletakkan di bahagian tengah titik graviti kereta. 

Tergeliat juga lidah menyebut nama di atas.
 


Harga jualan Huracan EVO di US bermula dari $261,274 (RM1,074,619.96 mengikut pertukaran mata wang semasa).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Namun, perpindahan beliau ke sana bukannya murah, di mana pasukan Al-Hilal perlu membayar £78 juta…
Berita Global
  Setiap model ditawarkan dalam dua konfigurasi dengan warna dan grafik khusus seperti logo 60th…