Huracán STO, Tecnica dan EVO Spyder untuk ulang tahun ke-60 Lamborghini! ICE masih hidup!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lamborghini Huracán 60th Anniversary Special Edition
Lamborghini Huracán 60th Anniversary Special Edition
Pengenalan model hibrid plug-in Revuelto merupakan tanda bermula era elektrifikasi Lamborghini. 

Ini lah masanya untuk peminat membina koleksi Lamborghini yang digerakkan enjin pembakaran dalaman (ICE) tunggal sebelum disimpan dalam buku sejarah.

Koleksi Lamborghini boleh dimulakan dengan model edisi terhad seperti Huracán 60th Anniversary Special Edition yang baru diperkenalkan ini.

Ada 60 buah untuk setiap satu Huracán STO, Huracán Tecnica dan Huracán EVO Spyder. Peminat boleh dapatkan sebuah untuk setiap model Huracán istimewa yang ditawarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lamborghini Huracán 60th Anniversary Special Edition

 

Setiap model ditawarkan dalam dua konfigurasi dengan warna dan grafik khusus seperti logo 60th yang dicat pada pintu dan disulam pada kerusi.

Model V10 itu juga dilengkapi plat gentian karbon 1 daripada 60 sebagai identiti istimewa.

Huracán STO (Super Trofeo Omologata)

Model yang dibekalkan enjin 5.2 liter V10 640 kuasa kuda (hp) ini ditawarkan dalam dua versi dan kedua-duanya diinspirasi dari pakaian sukan atletik berprestasi tinggi.

Pilihan pertama dalam warna biru Blu Aegeus dan Blu Astraeus dan boleh dipadan bersama riasan gentian karbon terdedah dalam warna Blu Mira.

 

Lamborghini Huracán 60th Anniversary Special Edition

 

Bahagian dalam dibalut Alcantara dalam warna Nero Cosmus (hitam) dan Grigio Octans (kelabu) dan diperinci dengan Nero Ade dan sulaman Blu Amon (biru).

Pilihan kedua dibuat dalam warna Grigio Telesto (kelabu) dan Nero Noctis (hitam) dengan kombinasi gentian karbon terdedah.

Bahagian dalam menggunakan balutan Alcantara Nero Cosmus dan Grigio Octans dengan jahitan kulit Rosso Alala (merah).

Kedua-dua model dipasangkan rim tempa HEK 20 inci dalam warna hitam kusam.

 

Lamborghini Huracán 60th Anniversary Special Edition

 

Huracán Tecnica

60 buah Tecnica ditawarkan dalam dua warna dengan membawa inspirasi sukan permotoran dan tiga warna bendera Itali.

Pilihan pertama dalam warna Grigio Telesto (kelabu) dengan perincian Nero Noctis (hitam) dan Rosso Mars (merah).

Bahagian dalam dibuat berlawanan dengan warna Alcantara Nero Ade (hitam) dan perincian Rosso Alala (merah).

 

Lamborghini Huracán 60th Anniversary Special Edition

 

Pilihan kedua pula dengan warna badan Bianco Asopo (putih) dan jalur Verde Viper (hijau). Warna itu diulang pada bahagian dalam bersama Alcantara Nero Ade.

Kedua-dua model menggunakan rim 20 inci Damiso dalam warna hitam kilat.

EVO Spyder

Beza terpaling jelas untuk model ini pastinya pada sensasi tiupan angin apabila bumbung dibuka. 

Pelanggan boleh memesan model berwarna Blu Le Mans dan perincian Bianco Isi (putih).

 

Lamborghini Huracán 60th Anniversary Special Edition

 

Skema warna sama diulang pada bahagian dalam dengan Alcantara Nero ade dan sulaman Blu Amon (biru) dan kun alur (piping) Bianco Leda (putih).

Satu lagi pilihan berwarna Verde Viper dengan kombinasi Bianco Isi. Dalaman kereta dibalut Alcantara Nero Ade dan gabungan Rosso Alala dan Bianco Leda.

Menjamah jalan raya ialah set rim Damiso 20 ini dalam warna hitam kilat.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lamborghini Huracán 60th Anniversary Special Edition

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …