'Lamborghini Aventador SVJ' ini memiliki sijil lahir sebagai Honda Civic

oleh Mohamad Hanif|
Zaman penulis bergelumang dengan buku-buku teks di Universiti, sekali-sekala penulis cuba menghilangkan tekanan dengan membuka majalah modifikasi kereta tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada ketika itu, terdapat beberapa contoh modifikasi menarik di mana ada sesetengah pemilik yang cuba untuk menghasilkan replika supercar menggunakan kereta biasa sebagai asas.

Idea tersebut pada ketika itu mungkin agak baru, akan tetapi disebabkan faktor teknologi (dan bajet terhad), hasil akhir mungkin dilihat agak pelik.

 


Namun, anda mungkin sekali tidak akan menyangka 'Lamborghini Aventador SVJ' ini sebenarnya menggunakan asas daripada sebuah Honda Civic!

Ia dihasilkan oleh Dream Customs India, di mana projek ini mengambil masa sekitar 25 hari untuk disiapkan lengkap dengan kit badan aerodinamik yang menyerupai Aventador SVJ sebenar.

Selain daripada itu, ia juga tampil dengan ciri menarik seperti bukaan kecil pada bahagian hadapan, tip ekzos palsu yang diposisikan tinggi, namun gandingan rim dan tayar yang digunakan mungkin tidak bersesuaian dengan imej akhir Civic SVJ ini.

Rekaan ruang kabin juga dihasilkan secara kustom yang menampilkan skrin infotainmen, roda stereng berjenama Lamborghini serta papan pemuka yang diinspirasikan daripada supercar sebenar.

 


Cuma, rekaan kluster instrumen berjaya mendedahkan identiti asal Civic SVJ ini.

Pihak Dream Customs juga tidak menawarkan penukaran enjin, sebaliknya mengekalkan enjin Civic asal 1.8 liter yang dipadankan dengan transmisi CVT memacu roda hadapan.

Sebagai makluman, Aventador SVJ yang asli mampu menghasilkan 759 hp yang diekstrak daripada enjin 6.5 liter bentangan V12 yang diposisikan di belakang pemandu.

 


Mungkin dengan sistem ekzos yang bersesuaian mampu untuk memperdaya mereka-mereka yang kurang arif berkenaan modifikasi kereta, namun sekali imbas sahaja banyak perkara yang perlu ditambah baik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua supercar itu dikesan menggunakan parkir di stesen Runaway Bay, Gold Coast pada 28 Mei,…
Berita Global
Mercedes-AMG GT Black Series 2021 yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu kini menjadi jentera…
Berita Global
Dihasilkan di bawah motto "satu kereta untuk setiap dekad", Mansory Cabrera hanya ditawarkan…