Mercedes-AMG GT Black Series padamkan rekod Aventador SVJ di Nurburgring!

oleh Mohamad Hanif|
Seminggu selepas Mercedes-AMG GT 63 S empat pintu berjaya mengalahkan Porsche Panamera Turbo sebagai sedan eksekutif terpantas, tiba giliran Mercedes-AMG GT Black Series pula menguasai litar Nurburgring dengan catatan masa 6:43.616.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-AMG GT Black Series 2021 yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu kini menjadi jentera terpantas di Litar Neraka Hijau mengalahkan rekod yang pernah dicatatkan oleh Lamborghini Aventador SVJ (6:44.97) dua tahun yang lalu.

 


Seperti kebiasaan, para pengeluar adalah digalakkan untuk merekodkan dua catatan masa, di mana catatan 6:43.616 itu merupakan catatan masa untuk litar sepanjang 20.6 km yang biasa digunakan, manakala catatan masa kedua pula (6:48.047) adalah untuk pusingan lengkap litar sepanjang 20.83 km.

Dalam cubaan untuk menjadi yang terpantas, beberapa perubahan dibuat kepada aspek aerodinamik seperti contoh splitter hadapan gentian karbon diubah posisi kepada 'Race', diikuti dengan perubahan posisi bilah atas dan bawah sayap belakang.

 


Selain daripada itu, jentera AMG Black Series ini juga turut direndahkan sebanyak 5 mm di hadapan dan 2.54 mm di belakang, bar anti oleng boleh laras ditetapkan pada tetapan yang paling keras, serta sistem kawalan cengkaman sembilan peringkat ditetapkan pada posisi enam dan tujuh bergantung kepada seksyen litar.

Tayar pula adalah standard Michelin Pilot Sport Cup 2 R MO.

Sebagai sebuah kereta berorientasikan prestasi, Mercedes-AMG GT Black Series ini hadir dengan enjin 4.0 liter bentangan V8 jenis flat-plane crank dan pengecas turbo berkembar yang mampu menghasilkan angka output 720 hp dan 800 Nm.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laman media sosial litar Neraka Hijau Nurburgring Ahad lalu telah memuat naik sekeping gambar yang…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…
Berita Global
Ini kerana pengeluar kereta elektrik dari Croatia, Rimac telah berjaya memecahkan rekod pusingan…