MANSORY Cabrera - Lamborghini Aventador SVJ dengan menu gentian karbon

oleh Mohamad Hanif|
Entah apa dosa Aventador SVJ yang sudah cukup cantik menarik standard dari kilang sehinggakan syarikat penala terkenal yang melakukan modifikasi terhadap kereta mewah hadir dengan sebuah kit konversi penuh yang dikenali dengan nama "Mansory Cabrera.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dihasilkan di bawah motto "satu kereta untuk setiap dekad", Mansory Cabrera hanya ditawarkan sebanyak tiga unit sahaja di seluruh dunia yang menandakan ulang tahun yang ke-30 Mansory. 

Apa yang membezakan antara Mansory Cabrera dan Lamborghini Aventador SVJ?
 


Pertama, boleh dikatakan hampir keseluruhan kerja badan luaran Aventador SVJ ini telah digantikan dengan bahan gentian karbon yang bukan sahaja mengambil inspirasi daripada jet pejuang yang bukan sekadar mempunyai rupa, malah ia juga mempunyai fungsi. 

Seperti contoh, bukaan ruang udara pada apron hadapan direka supaya mampu mengoptimasikan aliran udara segar memasuki radiator, selain mampu meningkatkan daya turun untuk kadar cengkaman yang lebih berkesan. 
 


Bahagian sisi pula menampilkan skirt dan arca roda yang membesar menampakkan identiti Mansory yang tersendiri, dan kesan penambahan kit badan ini mengakibatkan lebar Aventador SVJ ini bertambah sebanyak 4 cm. 

Ruang belakang pula didatangkan dengan diffuser berkembar bertujuan untuk meningkatkan aliran udara di bahagian bawah kenderaan, dan dilengkapkan dengan fungsi spoiler yang besar untuk menambah lagi daya turun ketika kelajuan tinggi. 
 


Selain daripada aspek aerodinamik, Mansory turut menala kembali enjin asal bentangan V12 6.5 liter itu yang kini menghasilkan 810 kuasa kuda dan 780 Nm, dan hasil sisa pembakaran disalurkan keluar menerusi sistem ekzos empat tip yang mampu memberikan amaran, kereta ini bukan sebarangan.

Ini menjadikan pecutan sepantas 2.6 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan tertinggi dicatatkan pada 355 km/j!

Pecutan ini turut dibantu dengan penggunaan rim aloi forged Mansory 20 inci di hadapan dan 21 inci di belakang dan dibaluti tayar Pirelli P ZERO 255/30ZR20 hadapan dan 355/25ZR21 belakang. 

 


Hilang sudah identiti Aventador SVJ, Mansory telah menggunakan kit lampu utama tersendiri "Le MANSORY" yang merangkumi empat lampu LED individu yang memberikan penampilan yang lebih dinamik kepada Mansory Cabrera ini. 

Seperti warna luaran hijau yang agak kusam ini, Mansory turut menggunakan warna Vento Verde yang serupa untuk ruang kabin Cabrera ini, selain menampikan hiasan berbentuk anak panah dan kemasan 'forged carbon' pada sesetengah tempat. 
 


Mansory walaubagaimanapun tidak mendedahkan harga sebenar kos untuk menukarkan penampilan Aventador SVJ kepada Mansory Cabrera, dan sekadar panduan, harga sebuah Aventador SVJ adalah bernilai sekitar $517,700 (RM2.2 juta). 

 

Lamborghini Aventador SVJ

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…
Berita Global
Namun tidak dapat dinafikan, sedan 7 Series juga kini menjadi pilihan golongan pemimpin di mana…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…