Kutipan tol SUKE bermula 15 Oktober, RM2.30 untuk kenderaan Kelas 1

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat PROLINTAS selaku pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) memaklumkan bermulanya kutipan tol kepada pengguna bermula Sabtu ini, 15 Oktober jam 12.01 tengah malam bagi jajaran Fasa 1 Persimpangan Cheras-Kajang hingga Bukit Antarabangsa.

Bayaran tol yang dikenakan untuk setiap plaza tol Ampang dan Bukit Teratai adalah seperti berikut:


Para pengguna Lebuhraya SUKE dinasihatkan supaya memeriksa baki kad Touch 'n Go dan e-dompet TnG  sebelum menggunakan lebuh raya tersebut.

Pihak bahagian operasi SUKE juga akan terus memantau kelancaran sistem kutipan tol di kedua-dua plaza tol Bukit Teratai dan Ampang, selain menempatkan petugas terutama pada waktu puncak bagi memantu pengguna yang berhadapan dengan kesulitan.

Pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan yang lancar ke
destinasi yang dituju. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi SUKE di talian 1-300-88-9922.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu kenyataan rasmi, Bahagian Operasi Lebuhraya SUKE kini bekerjasama dengan perunding untuk…
Informasi
  Papan tanda tersebut dipasang pada gantri yang terletak di setiap 250 meter sebelum persimpangan…
Berita Domestik
Laporan FMT hari ini memetik kata-kata Menteri Kanan Kerja Raya, Fadillah Yusof yang mengarahkan…