PROLINTAS kaji penyelesaian tanjakan susur keluar SUKE ke Jalan Cheras

oleh Mohamad Hanif|
Pengendali Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), PROLINTAS mengambil cakna berkenaan isu tanjakan susur keluar ke Jalan Cheras yang ditimbulkan oleh orang awam.

Dalam satu kenyataan rasmi, Bahagian Operasi Lebuhraya SUKE kini bekerjasama dengan perunding untuk mengkaji reka bentuk sesuai untuk mengubah tanjakan susur keluar ke Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).

Selain penambahan kepada dua lorong, sistem lampu isyarat secara keseluruhan akan turut dikaji termasuk persimpangan berdekatan dengan Maktab PDRM.

Pihak PROLINTAS juga akan memasang papan tanda "Dilarang Belok Kanan" kira-kira 200 meter sebelum simpang ke CKE untuk memberi amaran kepada pengguna untuk tidak membelok ke kanan yang boleh memperlahankan aliran kenderaan di kawasan tersebut.

Sebahagian daripada jalan susur (dari Gereja St Francis of Assisi, Jalan Cheras ke Jalan Medan Masria) sepanjang 400 meter telah siap dan baki 200 meter lagi dalam pembinaan dan dijangka siap akhir Februari 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tiada sebarang permit sah dikeluarkan oleh mana-mana pihak…
Berita Domestik
  Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menerusi hantaran Twitter memaklumkan…
Berita Domestik
Kadar tol yang dikenakan untuk ketiga-tiga plaza tol (Denai Alam, RRIM Kwasa Damansara, dan Kota…