Nissan uji GT-R50 di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak dilancarkan secara rasmi pada bulan Mei yang lalu, berita berkenaan Nissan GT-R50 terus tenggelam ditelan arus masa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, kesunyian itu dipecahkan sendiri oleh Nissan menerusi satu ciapan di laman mikroblog Twitter di mana mereka sedang merancang sesuatu dengan jentera Nissan GT-R50 itu.

Berita itu diperkuatkan lagi dengan hantaran yang dilakukan oleh Italdesign yang menyebut, "Nissan GT-R50 by Italdesign kini sedia untuk berlepas. Setelah selesai melakukan ujian akhir, jentera itu menuju ke lapangan terbang untuk perjalanan antarabenua pertamanya ke Tokyo. Nak tahu apa yang bakal berlaku? Tunggu!"

 


Tiada sebarang petanda berhubung apa yang bakal dilakukan oleh kedua-dua Italdesign dan Nissan, namun berdasarkan gambar jentera tersebut diberikan pelekat 'Test Car'.

 


Sebagai makluman, Nissan GT-R50 merupakan model edisi terhad yang dibangunkan bagi menyambut ulang tahun yang ke-50 Italdesign pada tahun 2018, dan Nissan GT-R pada tahun 2019.

Produksi hanya akan dihadkan kepada 50 unit sahaja, dan unit pertama akan mula dihantar menjelang awal tahun hadapan.

 


Nissan GT-R50 menampilkan rekaan luaran yang serba unik, dan enjin 3.8 liter V6 turbo-berkembar yang mampu menghasilkan 710 kuasa kuda dan 780 Nm.

Ia sememangnya lebih berkuasa berbanding Nissan GT-R Nismo berkuasa 600 hp itu, dan tanda harga yang amat mahal,  €990,000 (RM4.9 juta) tidak termasuk cukai jalan dan opsyen.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, disebabkan produksi terganggu akibat COVID-19, difahamkan hanya ada 19 unit sahaja…
Berita Global
Berbanding GT-R yang biasa kita lihat di atas jalan, Nissan GT-R50 ini menampilkan rekaan yang…
Berita Global
Sehingga bulan Mei 2020, Italdesign akhirnya melancarkan secara rasmi GT-R50 dengan bilangan…