Kos ganti bateri Polestar 2 melebihi harga asal kereta di China

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemilik Polestar 2 di China dilapor perlu mengeluarkan sejumlah wang yang jauh lebih mahal berbanding harga asal kereta yang dibelinya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan CN EV Post, Polestar 2 dengan dua motor elektrik varian jarak jauh tersebut dikatakan terbabit dalam satu kemalangan, dan disebabkan kerosakan yang dialami, pek bateri tersebut dinilai tidak selamat untuk digunakan dan perlu digantikan segera.

Apabila Huang membawa keretanya ke pusat pengedar, beliau terkejut mengetahui kos sebenar penggantian pek bateri Polestar 2 itu mencecah 540,000 yuan (RM351,219).

Sebagai makluman, Polestar 2 boleh didapati dalam tiga varian utama dengan harga jualan bermula dari RMB 269,000 (RM174,986), sementara varian yang dimiliki oleh Huang merupakan versi motor elektrik berkembar jarak jauh dengan harga RMB 338,000 (RM219,871).

Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh pengedar Polestar kepada media tempatan Jiemian (yang dipetik oleh CN EV Post) menjelaskan kos sebenar penggantian pek bateri Polestar itu adalah sekitar RMB 400,000 (RM260k) sahaja, di mana selebihnya diperuntukkan untuk membaiki kerosakan lain.
 

NIO


Harus diingatkan bahawa kos penggantian pek bateri untuk EV berjenama lain adalah jauh lebih murah.

Seperti contoh, XPeng Motor mengenakan kos sekitar RMB 110,000 (RM71,556) untuk menggantikan pek bateri pada model sedan P7, RMB 90,000 (RM58,546) untuk model P5, dan RMB 85,000 (RM55,293) untuk model G3.

Sementara jurucakap Li Auto pula mengesahkan kos penggantikan pek bateri Li ONE adalah sekitar RMB 60,000 hingga RMB 70,000 (RM59,030-RM45,536).

Sebuah jenama yang menjadi peneraju pasaran kenderaan elektrik di China, NIO menggunakan teknologi penukaran bateri secara percuma sebagai teknik pemasaran terunggul mereka.

EV NIO hanya memerlukan masa sekitar tiga minit untuk melakukan proses penukaran bateri yang kehabisan tenaga kepada bateri yang sudah dicas penuh.

Sumber: CN EV Post, Jiemian

Berita Berkenaan

Berita Global
Gachaco merupakan perkhidmatan bateri boleh tukar yang dibentuk di Jepun oleh Honda, Kawasaki,…
Berita Global
Ini bermakna, sudah hampir 30 tahun Toyota Prius bertapak di atas muka bumi sebagai satu alternatif…
Berita Global
Namun tahukah anda, kos sebenar pek bateri sebenarnya jauh lebih mahal berbanding apa yang…