GACHACO UMUM PERKHIDMATAN PEK BATERI BOLEH TUKAR KEPADA INDIVIDU

oleh Firdaus Razani|
PERKHIDMATAN bateri mudah alih Jepun, Gachaco umumkan untuk menyediakan pertukaran bateri kepada penunggang individu di Tokyo bermula Januari 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gachaco merupakan perkhidmatan bateri boleh tukar yang dibentuk di Jepun oleh Honda, Kawasaki, Suzuki, Yamaha dan syarikat kuasa Jepun Eneos dan untuk mengusahakan satu projek yang memberi manfaat kepada mereka semua, serta mereka yang berminat dengan masa depan pengangkutan peribadi elektrik di Jepun.

 

gachaco

 

Sebelum ini, tugas utamanya ialah menjalankan percubaan dan menyediakan sistem pertukaran bateri yang ditujukan kepada pelanggan perniagaan sahaja, bukan penunggang individu.

Pada 25 Disember 2023, Gachaco secara rasmi mengumumkan rancangan untuk mula menawarkan perkhidmatan perkongsian bateri untuk pelanggan individu di Tokyo.

 

gachaco

 

Melalui pengumuman tersebut, Penunggang individu yang berminat boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut bermula pada 9 Januari 2024.

Pada masa ini, bateri boleh tukar Gachaco hanya digunakan pada kenderaan dua dan tiga roda elektrik Honda tertentu sahaja dan ia termasuk Benly e:, Gyro e:, Gyro Canopy e:, dan EM1 e:.

Daripada kenderaan yang tersedia ini, hanya EM1 e: tersedia untuk dibeli oleh pelanggan individu.

 

gachaco

 

Pengumuman Gachaco tersebut termasuk butiran mengenai kedua-dua harga pembelian baharu Honda EM1 e: skuter di Jepun, serta perkhidmatan langganan bateri dan bayaran untuk individu.

Dengan menjadikan bateri sebagai perkhidmatan dan mengeluarkannya daripada harga pembelian keseluruhan EM1 e:, harga cadangan EM1 e: turun kepada hanya 97,200 yen (RM3,160), termasuk cukai dan subsidi kerajaan tempatan Tokyo.

 

gachaco

 

Bagi perkhidmatan langganan bateri Gachaco, ia akan tersedia pada tahap yang berbeza untuk disesuaikan dengan corak penggunaan pelanggan yang berbeza.

Terdapat pelan langganan ringan yang akan berharga 1,078 yen (RM 35) sebulan, termasuk cukai dan juga pelan langganan standard yang akan berharga 2,805 yen (RM 91) sebulan termasuk cukai.

Pilihan bayar untuk kegunaan segera dan bayar setiap penggunaan juga tersedia pada harga kurang dari 200 yen (RM 6.50) setiap kilowatt jam.

 

gachaco

 

Pengembangan Gachaco atau perkhidmatan penukaran bateri yang serupa untuk melengkapkan pengembangan global EM1 e: kelihatan seperti pertaruhan yang selamat dan bakal menjadi suatu kebiasaan jika diperluaskan ke seluruh dunia.

Syarikat skuter bateri boleh tukar lain seperti Gogoro dan Kymco Ionexc juga telah pun mengembangkan perkhidmatan tersebut di pelbagai pasaran antarabangsa selepas pertama kali menyatukan kuasa di negara sendiri di Taiwan.

 

SUMBER : RideApart