Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil Automobile Association of Singapore (AAS), ahli kelab kereta Hyundai, serta individu pempengaruh dari negara ASEAN.
Konvoi Hyundai Ioniq 5 itu bakal bergerak sejauh 2,751 km merentasi lima buah negara bermula dari Hyundai Motor Group Innovation Center Singapore (HMGICS) pada 20 November, dan berakhir di Royal Palace Ho Chi Minh, Vietnam pada 30 November nanti.

Sepanjang perjalanan tersebut, pasukan konvoi akan turut melawati beberapa buah destinasi ikonik termasuklah Penang Heritage Walk (Malaysia) dan Bayon Temple (Kemboja) untuk membuktikan Ioniq 5 mampu menjadi teman pemanduan jarak jauh yang boleh dipercayai.
Menurut Youngtack Lee, Presiden HQ Hyundai Motor ASEAN berkata, “aspirasi kami sepanjang perjalanan ini adalah untuk menunjukkan Hyundai Ioniq 5 sebuah EV yang boleh dipercayai, mesra alam dan berkeupayaan untuk membuat perjalanan jarak jauh, bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan pelanggan terhadap EV.
Hyundai Ioniq 5 boleh didapati dalam versi motor elektrik tunggal atau motor elektrik berkembar, dengan kuasa yang mampu mencapai 305 PS dan daya kilas 605 Nm.
Pek bateri berkapasiti 72.6 kWh pula membolehkan Hyundai Ioniq 5 dipandu sejauh 430 km untuk sekali cas penuh (data WLTP).