Konvoi GWM EV Convoy Tour 2023 selama lapan hari bermula pada 1 Ogos 2023 itu bermula dari bandar Bangkok, Thailand sebelum menuju ke selatan untuk meneroka pemandangan menarik di sepanjang laluan Thailand, Malaysia dan Singapura.
Perjalanan ini juga turut menandakan pelancaran rasmi jenama GWM, kemunculan rasmi ORA Good Cat serta pembukaan pusat pameran pertama mereka di Singapura.
ORA Good Cat yang dilancarkan di Malaysia menampilkan motor elektrik tunggal berkuasa 143 PS/210 Nm, dipadankan dengan pek bateri berkapasiti 63.129 kWh (varian 500 Ultra) yang membenarkan jarak gerak sejauh 500 km untuk sekali cas penuh.
Versi aras mula ORA Good Cat 400 Pro pula dibekalkan dengan pek bateri Lithium Iron Phosphate berkapasiti 47.788 kWh, dengan jarak gerak sejauh 400 km boleh dicapai untuk sekali cas penuh.
Untuk pasaran tempatan, ORA Good Cat dijual pada harga bermula dari RM139,800 hingga RM169,800.