Konvoi Borneo International H.O.G. Rally Malaysia 2017 bakal kumpul pemilik Harley Davidson seluruh dunia

oleh DIANA ISMADI|

Harley Owners Group Kuala Lumpur Chapter, Malaysia (H.O.G. KLCM) kini telah menjalinkan kerjasama dengan pihak Petronas dan juga Mas Cargo bagi acara yang bakal berlangsung bermula 30 September hingga 9 Oktober 2017 iaitu Borneo International H.O.G Rally Malaysia (BIHRM) 2017.

 

“BIHRM 2017 akan dimulakan dengan menuggang dari Kota Kinabalu Bike Week ke Kuching International Bike Week” kata Pengarah Harley Owners Group (H.O.G) Kuala Lumpur Chapter Malaysia.

BIHRM 2017

Acara ini bakal mengumpulkan pemilik dan peminat Harley Davidson dari seluruh dunia untuk mengembara sejauh 1,450km bermula dari Kota Kinabalu ke Labuan, Brunei, Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching sebagai destinasi terakhir.

 

Pihak Petronas akan menaja penggunaan bahan api untuk semua peserta konvoi sepanjang acara ini berlangsung. Mas Cargo pula akan menyediakan perkhidmatan untuk menerbangkan motosikal dari semenanjung ke Kota Kinabalu dan dari Kuching ke semenanjung Malaysia.

BIHRM 2017

 

Dalam acara yang berlangsung juga, peserta konvoi bakal melawat lokasi program “Water for Life” oleh Petronas Dagangan Berhad yang menyediakan bekalan air bersih kepada masyarakat setempat. Selain itu, peserta konvoi juga akan menyertai program “Streetsmart” untuk mendidik orang ramai tentang keselamatan jalanraya.

 

BIHRM 2017 mengharapkan acara ini dapat memberi manfaat kepada pemilik Harley Davidson serta industri pelancongan tempatan dengan menjadikan acara ini sebagai penanda aras untuk menggalakkan lebih banyak acara motosikal diadakan di Borneo pada masa hadapan.

BIHRM 2017

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
LEBIH 200 pemilik motosikal Harley Davidson (HOG) dari Chapter Petaling Jaya, Route 77 Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Kempen yang bermula sekarang sehingga 30 September itu menawarkan rebat sehingga RM2,600 untuk…