Kempen Passport to Freedom tawar latihan tunggangan khas daripada Harley Davidson

oleh Mohamad Hanif|
Harley-Davidson Amerika kini membawakan kempen Passport to Freedom ke Malaysia khusus kepada para peminat motosikal santai jenama terulung itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kempen yang bermula sekarang sehingga 30 September itu menawarkan rebat sehingga RM2,600 untuk pembelian motosikal daripada pengedar Harley-Davidson yang bertauliah.
 


Seperti nama kempen, Passport to Freedom ini menawarkan pilihan kepada para pembeli iaitu  siri kursus tunggangan yang akan dibiayai daripada tawaran rebat daripada Harley-Davidson sekiranya pelanggan membeli motosikal Harley-Davidson ataupun pembelian barangan rasmi daripada H-D MotorClothes, alat ganti, aksesori dan yuran penyertaan seumur hidup H.O.G. 

Untuk menyertai, orang ramai perlu mendaftar secara online menerusi h-d.asia/passport dan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Menghadiri kursus B Penuh bermula dari 1 Jan 2018 - 30 September 2018
  • Pilih motosikal idaman sebelum 30 September 2018
  • Nikmati pilihan tawaran rebat (kelas tunggangan/pembelian aksesori Harley-Davidson) sehingga RM2,600 

 


Para pelanggan yang telah mendaftar secara online akan turut menerima pelindung passport edisi terhad daripada Harley-Davidson dan boleh dituntut di pengedar Harley-Davidson di bawah:

Harley-Davidson Petaling Jaya
The Gasket Alley
Lot 15, Jalan 13/6
46200 Petaling Jaya
Selangor
+603-7955 9399

Harley-Davidson Penang
1679-G1, Jalan Perusahaan, 
Auto City
13600 Prai,
Pulai Pinang
+604-5062200

Harley-Davidson Melaka
No. 2, Jalan KLJ 8
Taman Kota Laksamana,
75200 Melaka
+606-2644886

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peminat dan pengunjung boleh menikmati tawaran yang tiada tandingan dan tawaran mendebarkan untuk…
Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran Motosikal
CVO ialah umpama varian premium untuk jenama Harley-Davidson di mana ia menampilkan aksesori dan…