PEMILIK HOG BERKUMPUL SANTAI DI PERAK

oleh Penyumbang Rencana 2|
antara kelab motosikal pertama di Malaysia dapat masuk ke LWOT dgn motosikal
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

LEBIH 200 pemilik motosikal Harley Davidson (HOG) dari Chapter Petaling Jaya, Route 77 Kuala Lumpur dan Pulau Pinang berkumpul di Ipoh, Perak sabtu lalu untuk sesi konvoi dan perhimpunan santai.

Ia adalah perhimpunan santai yang disertai pemilik motosikal V-berkembar jenama tersebut bersempena Tour of Malaya Ride 2020 bagi menyatakan penghargaan terhadap petugas barisan hadapan ekoran pandemik Covid-19.

pergerakan konvoi yang diiring oleh pasukan JPJ

Setiausaha HOG Chapter Petaling jaya, Dr. Dasan Thanam Divean berkata, selain sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan, perhimpunan sehari itu juga bertujuan memberi peluang kepada penunggang dan pemilik motosikal Harley Davidson bertemu dan berkongsi pengalaman.

Katanya, perhimpunan itu juga mencipta kelainan apabila HOG menjadi kelab pemilik motosikal yang pertama masuk ke taman tema Lost World of Tambun dengan motosikal. 

“Anggota HOG bukan sahaja terdiri daripada pemilik motosikal Harley Davidson tempatan, tetapi ahli kami juga ada dari luar negara.

berkumpul diluar petak parking lost world of tambun

“Peminat motosikal Harley Davidson juga terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang serta profesion. Jadi perhimpunan ini akan membolehkan kami bertemu, saling berkenalanan dan berkongsi pengalaman serta berkongsi minat dalam dunia permotoran,” katanya kepada Careta.

Menurut Dr. Dasan, perhimpunan tersebut tercetus hasil idea dan koloberasi Pengarah HOG Chapter Petaling Jaya, Aznul Shahrudin; Pengarah HOG Chapter Kuala Lumpur, Larry Yap Eng Keong dan Pengarah HOG Chapter Pinang, Vanesh Bilbo.

pergerakan bermula dari HD Penang

Perhimpunan sehari HOG di Ipoh bermula dengan ketiga-tiga chapter berkumpul di Bulatan Meru Raya sebelum ke Kampung Jahang, Gopeng untuk bersarapan.

Kemudian kesemua mereka meneruskan ‘percutian sehari’ melihat keunikan dan panorama Taman Agacia di Kampar, TT5 di Tanjung Tualang serta Kelly Castles di Batu Gajah sebelum makan tengahari di Lost World of Tambun (LWOT) Ipoh.

Tahniah kepada semua peserta yang terlibat. Kami dari team Careta (Ipoh) mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan anda semua.

Lagi gambar diruangan galeri dibawah..

 


Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen yang bermula sekarang sehingga 30 September itu menawarkan rebat sehingga RM2,600 untuk…
Berita Domestik
Harley Owners Group Kuala Lumpur Chapter, Malaysia (H.O.G. KLCM) kini telah menjalinkan kerjasama…