Seperti yang dilaporkan sebelum ini, terdapat tujuh jam tangan ikonik yang ditawarkan di dalam siri G-SHOCK Clear Remix, iaitu DW-5000, DW-5600, DW-6900, GA-110, GMA-S110, GA-2140RX dan GMA-S2140RX.

Bergantung kepada model, koleksi Clear Remix menampilkan ciri binaan badan lutsinar termasuklah pada bahagian LCD, badan jam, serta tali jam kecuali model DWE-5640RX yang membawakan kombinasi tali jam hibrid resin/urethane dan logam tahan karat.
Kesemua jam tangan G-SHOCK Clear Remix ini sudah boleh dibeli pada harga bermula dari RM755 hingga RM1,145 menerusi Casio Malaysia E-Commerce Website, kedai G-SHOCK serta G-Factory yang sah di seluruh Malaysia.