Casio G-SHOCK Clear Remix tampil dengan binaan jam, LCD tembus pandang

oleh Mohamad Hanif|
Casio baru-baru ini melancarkan siri jam tangan terbaharu G-SHOCK Clear Remix bersempena dengan sambutan ulang tahun G-SHOCK yang ke-40.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat tujuh jam tangan yang ditawarkan di dalam siri keempat sambutan 40th Anniversary ini, iaitu:
• G-SHOCK DW-5040RX-7 (26,400 yen/RM765.43*)
• G-SHOCK DW-6940RX-7 (22,500 yen/RM735.99*)
• G-SHOCK DWE-5640RX-7 (33,000 yen/RM1,079.45*)
• G-SHOCK GA-114RX-7A (26,400 yen/RM765.43*)
• G-SHOCK GMA-S114RX-7A (26,400 yen/RM765.43*)
• G-SHOCK GA-2140RX-7A (21,450 yen/RM701.64*)
• G-SHOCK GMA-S2140RX-7A (21,450 yen/RM701.64*)

*berdasarkan kadar pertukaran matawang semasa

g-shock

Model jam tangan digital klasik DW (DW-5040RX, DW-6940RX, DWE-5640RX) memiliki ciri paparan LCD tembus pandang yang mendedahkan simbol G, serta empat bintang yang merujuk kepada sambutan ulang tahun G-SHOCK yang ke-40.

Untuk membolehkan angka digital dibaca dengan baik, Casio telah menggunakan binaan papan litar berwarna hijau cerah, serta modul pencahayaan LED.
 

DW


Bukan itu sahaja, binaan bahan tembus pandang turut digunakan pada penunjuk arah jam, dial, serta cincin dial (model DW-9640RX, GA-114RX, GMA-S114RX, GA-2140RX, dan GMA-S2140RX).

Buat pertama kalinya, siri Clear Remix (DW-6940RX, GA-114RX, GMA-S114RX) ini menampilkan badan jam yang diperbuat daripada bahan resin bertetulang gentian karbon yang bukan sahaja mempunyai ciri telus pandang, ia mampu menawarkan ketahanan tipikal jam tangan G-SHOCK.
 

DW


Akhir sekali, jam DWE-5640RX membawakan kombinasi tali jam hibrid yang diperbuat daripada bahan resin/urethane pada pukul 12, dan bahan logam tahan karat pada tali jam pukul 6 yang turut menampilkan salutan plet ion emas dan perak.

Kancing logam pula membawakan ukiran logo 4 bintang yang melambangkan sambutan G-SHOCK 40th Anniversary dan perkataan SINCE 1983.
 

4


Menurut laman web Casio, kesemua jam tangan di dalam siri Clear Remix ini akan mula dipasarkan pada bulan Julai.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…