Koenigsegg Agera RS Refinement dengan elemen daripada One:1

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu kereta sports yang sukar untuk dilihat di depan mata kita adalah Koenigsegg Agera RS yang hanya ditawarkan sebanyak 25 unit sahaja,
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga kini, ia masih lagi memegang rekod kereta produksi terpantas di dunia dengan kelajuan purata 447 km/j, itu pun disebabkan SSC Tuatara menghadapi masalah tempoh hari.

Model yang dipamerkan kali ini merupakan sebuah model Agera RS Refinement, dan apa yang membezakannya dengan Agera RS adalah elemen yang diperoleh daripada model One:1.

 


Mungkin dari pandangan mata biasa, sukar untuk membezakan antara kedua-dua model Agera RS dan Agera RS Refinement, namun mata yang tajam akan dapat mengesan persamaan yang didapati dengan model One:1.

Seperti contoh, hud hadapan adalah serba baharu dan menampilkan liang udara yang diinspirasikan daripada model One:1, diikuti dengan pelindung enjin belakang dengan skup ala One:1.

 


Unit spoiler juga adalah serba baharu dan tidak seperti unit asal yang mempunyai peranan aerodinamik yang pasif, unit baharu ini menawarkan ciri aerodinamik aktif sepenuhnya.

Sementara itu, ruang hadapan pemandu menampilkan paparan SmartCluster yang terdapat pada Koenigsegg Regera bagi menggantikan unit asal, manakala bahagian yang tidak dicat pula kini didatangkan dalam trim hitam.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Apa kata anda lihat sebuah hypercar yang sangat unik dan terhad dari Koenigsegg, One:1 tahun 2015…
Berita Global
Koenigsegg mengejutkan umum dengan pengenalan hypercar baharu mereka bagi menggantikan jentera…