Koenigsegg One:1 untuk dijual - satu-satunya unit pemanduan sebelah kanan, harga dari RM30 juta

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda masih mempunyai wang di dalam akaun bank hasil derma daripada putera negara timur tengah, anda sudah tentu tidak tahu ke mana wang tersebut harus dibelanjakan, bukan?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa kata anda lihat sebuah hypercar yang sangat unik dan terhad dari Koenigsegg, One:1 tahun 2015 yang kini sedang menunggu untuk dibawa pulang ke rumah baharu. 

Menurut CarScoops, One:1 ini merupakan satu-satunya unit di dunia ini yang hadir dengan konfigurasi pemanduan di sebelah kanan!
 


Jika anda tetap mahukan One:1 ini dengan pemanduan di sebelah kiri, proses penukaran tersebut boleh dilakukan di kilang Koenigsegg sebelum anda membawa pulang jentera ini ke tempat anda. 

One:1 mendapat namanya daripada nisbah kuasa kepada berat jentera ini, 1,360 PS kepada 1,360 kilogram, dan Koenigsegg hanya menghasilkan tujuh unit sahaja binatang buas ini. 

 


Nadi kuasa 5.0 liter bentangan V8 dengan turbo berkembar ini mampu menghasilkan 1,360 PS dan 1,371 Nm dan dalam satu cubaan, ia berjaya mencatatkan kelajuan tertinggi 395 kilometer sejam di UK. 

Tidak seperti jentera Koenigsegg yang lain, panel badan gentian karbon pada One:1 ini dilayangkan dengan warna biru gelap dan dikontraskan dengan karbon kelabu dan elemen putih, selain daripada angkup brek biru dan rim gentian karbon.
 


Warna biru turut menguasai ruangan kabin termasuklah tempat duduk, kluster instrumen sebelum diakhiri dengan panel aluminium hitam anodiza di sesetengah tempat. 

Dengan jarak perbatuan sekitar 11,426 kilometer, harga yang diminta untuk unit One:1 ini hanyalah sekitar $7.2 juta (RM30 juta) sahaja tidak termasuk kos untuk membawa balik ke Malaysia. 


 


Terliur? 

Boleh terus melawat laman web Super Vettura untuk mencuba nasib mendapatkan jentera yang unik lagi terhad ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sehingga kini, ia masih lagi memegang rekod kereta produksi terpantas di dunia dengan kelajuan…