Kluster Auto dari Proton - lebih 700 kakitangan diminta buat ujian

oleh HEZERI SAMSURI|
Lebih 700 kakitangan Proton dari unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) diarahkan untuk membuat ujian Covid-19 selepas kes-kes positif mula muncul di sana.

Menurut laporan terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia, lima kes baharu telah dikesan dari Proton, dan kes ini sudah dirujuk sebagai Kluster Auto.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sumber Careta berkata dipercayai hampir 750 orang kakitangan unit R&D Proton diminta melakukan saringan Covid-19 di hospital-hospital di kawasan Shah Alam dengan kos ditanggung oleh pihak syarikat.

Kakitangan R&D juga sudah diarahkan untuk bekerja dari rumah sejak Khamis minggu lalu.

Namun begitu, Careta menerima aduan dari kakitangan Proton yang lain yang berharap agar pihak syarikat turut menyiasat dan melakukan ujian saringan Covid-19 kepada mereka yang bukan dari R&D juga.

"Walaupun kami bukan dari jabatan itu, tugas kami melibatkan hubungan dengan pihak R&D dan ada yang melawat ke jabatan tersebut atas urusan kerja," ujar seorang melalui perbualan telefon dengan Careta.

"Kami buat ujian saringan dengan kos kami sendiri," dakwa beliau.

"Kes positif semakin meningkat. Kita tunggu sahaja keputusan dari Kementerian Kesihatan nanti dan kami harap pihak syarikat akan lebih telus kepada kakitangan untuk meredakan kerisauan di kalangan keluarga kami sendiri," ujar seorang lagi kakitangan Proton.

Setakat ini, kes-kes positif Covid-19 hanya berlaku di Shah Alam dan bukan di kilang pemasangan Proton di Tanjung Malim. Careta juga tidak ada lagi menerima laporan sahih berkaitan kakitangan Proton dari bahagian jualan yang terbabit dengan Covid-19. 
 

* Laporan terkini

Kami diberitahu bahawa semua kakitangan dan pelawat yang ada berurusan dengan jabatan R&D telah dikenalpasti dan diminta untuk melakukan ujian saringan.

Kakitangan dari Shah Alam juga tidak dibenarkan melawat kilang operasi Proton di Tanjung Malim dan sebaliknya. 

Semua mesyuarat dan latihan dilakukan secara atas talian, kecuali latihan produk yang dilakukan secara bersemuka dan menurut segala SOP untuk mencegah penyebaran Covid-19.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…