KLIMS 2018: Isuzu lancar dua pakej aksesori original Titanium, Robust

oleh Mohamad Hanif|
Dalam acara yang sama, Isuzu Malaysia Sdn Bhd turut memperkenalkan pakej aksesori original yang dikhususkan untuk trak pikap D-Max iaitu pakej Titanium dan pakej Robust.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pakej Titanium terdiri daripada hiasan premium terutama pada lampu utama kemasan krom, pelindung lampu belakang, pelindung pemegang pintu, pelindung tailgate, rocket plate dan door visor. 

Manakala pakej Robust pula direka untuk tujuan kelasakan terdiri daripada aksesori yang serupa dengan tambahan pelindung pada hud enjin. 

Kedua-dua pakej Titanium dan Robust dijual pada harga RM1,180 manakala aksesori tambahan pelindung bumper hadapan dan over fender pula masing-masing dijual pada harga RM1,390 dan RM1,090.

Para pengunjung boleh singgah di booth Isuzu untuk melihat dengan lebih dekat pakej aksesori original yang ditawarkan untuk D-Max. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…