Saki baki KITT masih wujud - lima unit sahaja atas dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi menampakkan sesebuah cerita aksi bertambah menarik, produser dan penerbit terpaksa memikirkan satu cara supaya idea penceritaan tampak realistik.

Tidak seperti sebuah penerbitan aksi live-action yang menggunakan satu kereta untuk memaparkan dua kereta yang berbeza (baca: kekangan bajet), pihak penerbitan Knight Rider telah menggunakan sekurang-kurangnya empat hingga lima unit Firebirds Trans-Am bagi tujuan penggambaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika Pontiac Firebird mula diperkenalkan, ia menjadi rebutan ramai ketika itu dengan permintaan yang dicatatkan adalah tinggi sehinggakan pihak penerbitan hanya mampu membeli empat buah unit sahaja bagi penggambaran musim pertama Knight Rider.
 

Pada tahun 1983, sebuah keretapi pengangkut kereta Pontiac Firebird dilaporkan telah tergelincir. Walaupun kenderaan yang terlibat tidak mengalami sebarang kerosakan, namun pihak GM menjual kesemua 12 buah Firebird kepada syarikat penerbitan dengan harga US $1 setiap unit dengan syarat mereka perlu memusnahkan kesemua unit Firebird itu selepas selesai penggambaran. 
 

Pihak Universal menyambut gembira tawaran itu dan kemudian membeli sebanyak enam buah unit Firebird lagi untuk tujuan menjadikan babak Super Pursuit Mode lebih menarik. 
 

Model asas KITT diambil daripada Trans Am tahun 1982 sehingga 1984, termasuklah model hard top. 



 

KITT kedua terakhir yang dibina menggunakan asas model Trans Am 1984 hard top dipilih bagi memegang jawatan sebagai kereta aksi (stunt car) yang boleh diguna semula. Selepas siri ini tamat, NBC memilih untuk mengabadikan model ini di dalam taman tema mereka, dan dilengkapi dengan papan pemuka asal yang digunakan di dalam siri tersebut. 
 

Malangnya, selepas menerima ribuan pengunjung selama lebih 10 tahun, pihak Universal memutuskan untuk mengeluarkan model KITT ini daripada pameran untuk dilupuskan sebelum diselamatkan oleh peminat sejati siri ini.
 

Setakat artikel ini ditulis, dilaporkan terdapat lima unit lagi KITT yang masih wujud di atas dunia, dan salah sebuahnya telah dipandu oleh personaliti Jay Leno yang boleh dilihat menerusi link video di bawah. 

 





Sumber: Road and Track
Sumber gambar: AutomotiveTalkz

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tambah menarik apabila model KITT yang dimaksudkan itu sebenarnya dimiliki sendiri oleh pelakon…
Berita Global
Menurut laporan asal daripada Variety, Spyglass Media Group diberitakan akan menghasilkan sebuah…
Berita Global
Lupakan sebentar hype 'SUV bercakap' dan 'SUV yang tidak boleh bercakap' yang baharu sahaja…