Kit badan Liberty Walk untuk Nissan GT-R R35 - RM303,660 sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Suka untuk penulis ingatkan, Nissan GT-R (R35) kini sudah pun berusia hampir 13 tahun, kalau GT-R ini seorang manusia, dia dah masuk Sekolah Menengah Tingkatan Satu aliran automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekaannya tidak banyak berubah sejak kali pertama diperkenalkan kepada umum, dan seperti biasa, terlalu banyak edisi khas, spesifikasi yang unik dan juga versi yang dikhususkan untuk tujuan sukan permotoran yang telah dihasilkan oleh Nissan dan juga divisyen permotoran Nismo itu sendiri. 

Jadi, sedikit sebanyak orang seperti penulis dan juga anda para pembaca sudah mula merasakan kebosanan terhadap reka bentuk Nissan GT-R R35. 
 


Untuk anda yang mahukan sebuah rekaan yang lebih agresif (dan memiliki poket yang sangat tebal), mungkin kit badan dari Liberty Walk ini sesuai dengan jiwa anda. 

Kit badan penuh ini merangkumi bumper hadapan, bumper belakang, diffuser belakang, rekaan sayap belakang serba baharu, kit fender badan lebar (depan, skirt sisi, belakang), hud enjin serta but belakang. 

Kesemua kit ini diperbuat daripada bahan karbon kering dan dijual pada harga bermula dari $73,570.00 (RM303,660) sahaja. 
 


Harus diingatkan, harga yang disebutkan di atas merupakan harga untuk kit badan sahaja, dan tidak termasuk dengan harga asal sebuah Nissan GT-R. 

Gila? 

Untuk anda yang tidak tahu ke mana wang anda harus disalurkan, ia merupakan satu pilihan yang cukup menarik untuk menjadikan Nissan GT-R anda lebih agresif berbanding Nissan GT-R yang biasa dilihat di atas jalan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pendekatan retro klasik itu ditawarkan pula pada sebuah lagi model kei car Daihatsu, iaitu…
Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…
Berita Global
Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2024 yang bakal tiba kelak, DAMD memperkenalkan tema baharu yang…