Kini bukan lagi angan-angan, kereta terbang benar wujud pada harga RM2.46 juta!

oleh SALINA JALIL|
Sebuah syarikat dari Belanda yang dikenali sebagai Pioneer Personal Air Landing Vehicle telah berjaya mempamer dan mendapat pujian di Miami, Forida kerana telah berjaya mencipta dan mengeluarkan kereta terbang secara komersial yang pertama di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


 

Kereta terbang dua kerusi dan tiga roda ini yang diberi nama Pioneer Personal Air Landing Vehicle (PAL-V)  itu mempunyai dua enjin yang berbeza untuk digunakan di atas jalan raya dan udara.

 

PAL-V Liberty didatangkan dengan dua varian iaitu Liberty Pioneer (edisi terhad) dan Liberty Sport (standard).

 

Kerangka kenderaan PAL-V Liberty Pioneer diperbuat daripada karbon fiber, titanium, dan aluminium dengan  berat keseluruhannya adalah 680.39 kilogram.

 

Ia memerlukan jarak sekurang-kurangnya 164.60 meter untuk berlepas dan hanya 30.48 meter (100 kaki) untuk pendaratan dan kawasan bebas halangan seluas 15 meter serta altitud operasi maksimum dalam 3,500m.

 

Kereta terbang Belanda ini sudah pun berada di produksi dan dijual pada harga RM2,460,991 (USD $599,000). Ia telah pun mendapat 70 tempahan. 

 

Penghantaran pertama pula dijadualkan akan berlangsung pada tahun 2021.

 

Varian Pal-V Liberty Sport pula dijangka akan berharga lebih murah sedikit iaitu RM1,376,348 (USD $335,000) dan masih di peringkat perancangan seterusnya

 

 

Kenderaan ini sebenarnya lebih sesuai dipanggil gyrocopter, ia diberikan kuasa kuda 230hp turut dan mampu terbang sehingga mencapai kelajuan maksimum 180km/j manakala boleh memecut sehingga 160km/j di jalan raya.

 

Kenderaan dua tempat duduk ini boleh ditukar dari kereta beroda tiga ke gyrocopter dengan hanya dalam masa 10 minit, dan dengan kelajuan dari 0 hingga 60 mph di bawah lapan saat.

 

Suspensi miring dan berat maksimum kira-kira satu menjadikan kereta ini kelihatan seronok dipandu di laluan bengkang-bengkok.

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PAL-V, Robert Dingemanse berkata, kunci pertama PAL-V Liberty akan diserahkan kepada pelanggan pertama syarikat itu sebaik sahaja sijil penuh diterima, lapor Dailymail yang memetik sumber.

 

 

"Selepas bekerja keras selama bertahun-tahun mengharungi masalah teknikal dan menghadapi pelbagai cabaran untuk mendapat kelayakan, pasukan kami berjaya mencipta kereta terbang yang lengkap dengan sistem keselamatannya dan diiktiraf oleh pihak yang bertanggungjawab di seluruh dunia.

 

"Walaupun konsep pengeluar kereta terbang lain memerlukan peraturan yang diubahsuai dan dalam kebanyakan kes belum mempunyai teknologi sedia ada, PAL-V sengaja memilih untuk membuat kejuruteraan, reka bentuk dan membina sebuah kereta terbang dengan teknologi yang telah terbukti dan mematuhi peraturan sedia ada," katanya.

 

Bagaimanapun, kereta terbang tersebut memperuntukkan pemandu mempunyai lesen kereta dan lesen juruterbang sebagai syarat untuk mengendalikan kenderaan itu.

 

Video kereta terbang ini di sini:

 

 

 

 

Noktah: kini kereta terbang bukan lagi bahan jenaka tetapi ia benar-benar wujud!

Penukaran USD ke RM pada kadar 4.11

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan…
Berita Global
Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang…