Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik taraf tapak kilang yang telah berusia 102 tahun itu.
Pelaburan tersebut telah melibatkan pembinaan empat bangunan baharu, termasuk barisan pemasangan kenderaan baharu dan fasiliti lainnya.
Mulai 2026, BMW telah mengesahkan bahawa ia akan mengeluarkan model yang pertama di Munich iaitu sebuah saloon yang dikatakan sebagai generasi baharu 3 Series iaitu Neue Klasse EV.
Peralihan kepada pengeluaran EV pada 2027, ia akan menamatkan 75 tahun pengeluaran kereta ICE di Munich dan akan dipindahkan ke Hams Hall, UK dan Steyr, Austria.
Pada mulanya kilang ikonik di Munich itu hanya mengeluarkan model motosikal sahaja sejak tahun 1922, selepas itu pengeluaran kereta berpindah ke kilang tersebut dari Eisenach pada tahun 1952.
Kereta pertama yang dibina di Munich ialah 501.
Pada masa kini, kilang di Munich itu menghasilkan sekitar 1000 unit kereta setiap hari dan model tersebut merupakan model 3 Series seperti Touring Estate, M3, Plug in hybrid 330e dan 320e serta model 4 Series Gran Coupé dan i4 elektrik.
Selain di Munich, kilang BMW lain yang terlibat untuk pengeluaran EV Neue Klasse pada 2026 adalah di Debrecen, Hungary seterusnya di Shenyang, China dan San Luis Potosí, Mexico.
SUMBER : Autocar