Kia Seltos dikesan tanpa pelekat samaran - pelancaran tidak lama lagi?

oleh Mohamad Hanif|
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Tidak sampai sebulan berita berkenaan crossover kecil terbaharu daripada Kia diwar-warkan di internet, model tersebut kini dikesan tanpa sebarang pelekat penyamaran ketika menjalani penggambaran iklan komersil, terima kasih kepada CarScoops.

Kia Seltos merupakan crossover terbaharu yang membawakan elemen yang hampir serupa dengan model konsep SP Signature yang diperkenalkan pada awal tahun ini. 

 


Bagi menarik perhatian generasi muda, rekaan luaran Kia Seltos ini memang dibuat garang dan mempunyai karakter tersendiri, seperti penggunaan warna dua tona, rim agresif dengan center hub berwarna merah dan reka bentuk lampu utama yang agak unik. 

Manakala seperti model konsep, lampu belakang Kia Seltos juga menggunakan jenis LED yang disambungkan dengan bar krom melintangi bahagian tersebut. 
 


Tidak banyak info yang didedahkan menerusi gambar intip ini namun SUV baharu ini dibina untuk menembusi pasaran global dimulakan dengan Korea terlebih dahulu. 

Jika kena pada masanya SUV ini memasuki pasaran Malaysia, Kia Seltos dijangka akan bersaing dengan model-model crossover seperti Honda HR-V, Mazda CX-3, Toyota C-HR dan besar kemungkinan Proton X50.
 


Jadi, yang mana satu pilihan anda? Adakah rekaan moden Kia Seltos ini mampu menarik perhatian golongan muda masa kini? 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh, semua varian menerima lampu LED bersepadu pada cermin sisi, amaran jarak parkir…
Berita Global
  Daripada jumlah tersebut, model paling laris ialah Sportage dengan jumlah 452,068 unit! …
Berita Global
Setelah beberapa tahun di pasaran global, Kia akhirnya mendedahkan kemaskini berbentuk facelift…