Hyundai Grand Creta - SUV tiga baris tempat duduk untuk pasaran Afrika

oleh Mohamad Hanif|
MPV serta SUV tiga baris tempat duduk yang kecil dan murah sememangnya sangat popular di kalangan pembeli yang sudah berkeluarga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan permintaan yang kian meningkat, Hyundai baru-baru ini menawarkan sebuah SUV tiga baris tempat duduk dikhususkan untuk pasaran Afrika Selatan, Hyundai Grand Creta (bukan, bukan Careta punya Creta).

Grand Creta menggunakan pelantar K2 yang diubahsuai, dan pelantar yang sama turut digunakan pada model Kia Seltos dan juga Hyundai Venue.
 

Creta


Namun jika dibandingkan dengan SUV Seltos dan Venue, Grand Creta telah dipanjangkan dimensinya bagi memuatkan baris kerusi ketiga, dengan ruang kargo sebesar 180 liter atau sehingga 1,670 liter apabila tempat duduk baris belakang dilipat.

Terdapat sehingga dua varian, di mana versi asas Executive dan Elite di mana kelengkapan standard yang dimuatkan termasuklah pengecasan peranti pintar nirwayar, skrin infotainmen lapan inci, kamera undur serta sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sementara di bahagian luar menerima lampu LED dan rim bersaiz 17 inci.
 

Creta


Varian Elite pula mendapat tambahan ciri seperti rim bersaiz 18 inci, butang pandu mula, bumbung panorama, penderia parkir, dulang untuk penumpang baris kedua, skrin kluster digital 10.2 inci serta tempat duduk pemandu berkuasa.

Pilihan enjin didatangkan dengan nadi petrol 2.0 liter (156 hp, 191 Nm) atau nadi diesel turbo 1.5 liter (113 hp, 250 Nm) yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik enam nisbah kelajuan.
 

Creta


Terdapat sehingga enam mod pemanduan ditawarkan iaitu Snow, Mud, Sand, Eco, Sport dan juga Normal, sementara sistem gantungan terdiri daripada suspensi MacPherson strut di depan dan coupled torsion beam di bahagian belakang.