Kia dedah imej paparan kluster digital crossover Xceed - model Kia pertama terima skrin digital

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak lama lagi, Kia akan melancarkan crossover baharu Kia Xceed, dan bagi menarik perhatian umum, Kia telah mendedahkan imej acah yang menunjukkan paparan digital crossover tersebut.

Difahamkan, Kia Xceed merupakan model Kia pertama yang akan hadir dengan penawaran paparan instrumen digital bersaiz 12.3 inci. 

Kluster digital Supervision tersebut menampilkan skrin paparan bersaiz 1920x720 pixel, sistem pemetaan dengan ciri arahan navigasi ikut urutan (turn-by-turn), informasi kandungan media, data trip berkomputer serta notifikasi pop up daripada sistem keselamatan aktif kenderaan. 

Walaubagaimanapun, ia mungkin ditawarkan sebagai opsyen pada model Xceed dan juga model-model baharu yang lain. 
 


Kia dikatakan akan memposisikan Xceed ditengah-tengah penawaran crossover kecil Stonic dan crossover kompak Sportage. 

Sebelum ini, Kia telah mendedahkan imej acah bagi crossover Xceed, namun terdapat gambar bocor yang dikesan sedang berlegar di internet yang mendedahkan bentuk sebenar crossover hatchback yang sporty itu. 

Ia tidak akan ditawarkan dalam konfigurasi pacuan semua roda, akan tetapi Kia menambah beberapa mod pemanduan seperti Normal, Eco dan Sport, di mana ciri terakhir itu memberikan sedikit talaan kepada sistem suspensi secara elektronik untuk tujuan pemanduan off-road yang ringan. 

Manakala Xceed dengan trenkuasa plug-in hybrid pula dijangka akan diperkenalkan bersama-sama varian petrol Xceed pada 26 Jun ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana berdasarkan laporan terdahulu, Volkswagen akan menjelmakan Golf generasi ke-9 (Golf Mk9…
Berita Global
Difahamkan, 5 Series Touring boleh didapati secara eksklusif di pasaran Eropah, Jepun dan Taiwan…
Berita Global
Usah risau, kami tidak berniat untuk menipu anda dengan menggunakan gambar kabin Honda Civic FE,…