Volkswagen siar gambar acah Golf Mk8.5 facelift, lancar tahun 2024

oleh Mohamad Hanif|
Hayat Volkswagen Golf sebagai sebuah model berenjin pembakaran dalaman mungkin tidak akan bertahan lama.

Ini kerana berdasarkan laporan terdahulu, Volkswagen akan menjelmakan Golf generasi ke-9 (Golf Mk9) menjadi sebuah kereta berkuasa elektrik menggunakan pelantar SSP bagi mengantikan platform MQB yang terdahulu.

Namun sebelum Golf Mk9 muncul, Volkswagen mahu terus menjadikan Golf Mk8 sedia ada kekal malar segar menerusi pengenalan model facelift yang dijangka muncul tahun depan.

 


Berdasarkan gambar acah yang dibekalkan sendiri oleh VW, Golf Mk8.5 itu membawakan unit pencahayaan LED yang telah disemak semula dengan grafik lampu seakan model ID, jalur LED melintang serta logo VW yang bercahaya.

Sementara ruang kabin pula dijangka akan menerima skrin infohibur yang lebih besar, serta beberapa teknologi terkini bagi menjadikan Golf selari dengan model-model VW masa kini.

Lebih banyak info bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi Golf Mk8.5 tahun depan.

Berita Berkenaan

Kereta
VW Touareg merupakan SUV pertama bagi jenama VW, tetapi ia seolah-olah ‘underated’ bagi kalangan…
Berita Global
Volkswagen ID.3 GTX dan ID.7 GTX Tourer   Sama seperti Tourer, model fastback GTX dibekalkan…
Berita Global
  Kuasa? Enjin EA888 LK3 evo4 2.0 liter turbo menghasilkan 300 ps dengan daya kilas 400Nm dan…