Kia Carnival generasi baharu bakal tawar versi empat tempat duduk - mahu lawan Lexus LM?

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada sambutan yang menggalakkan terhadap pelancaran Lexus LM - MPV mewah dengan empat tempat duduk, idea tersebut nampaknya bakal dipertimbangkan oleh salah sebuah pengeluar kereta daripada Korea Selatan, Kia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Daum Net, Kia dikhabarkan memiliki perancangan untuk memperkenalkan Kia Carnival generasi baharu pada separuh kedua tahun 2020.

Lebih mengejutkan, Kia juga turut bakal membawakan varian baharu yang bakal membawakan konfigurasi empat tempat duduk sahaja!

 


Untuk pengetahuan, Kia Carnival generasi terkini memiliki konfigurasi tempat duduk yang mampu memuatkan 7 orang atau 9 orang sehingga 11 orang pada satu-satu masa.

Malah, dalam satu kenyataan daripada Kia, mereka mengakui bahawa terdapat permintaan yang tinggi terhadap Kia Carnival versi empat tempat duduk, terutama di kalangan CEO dan juga ekskutif syarikat.

Pada ketika ini, terdapat modifikasi yang dijalankan oleh pihak ketiga yang mampu mentransformasikan Kia Carnival anda menjadi sebuah MPV alternatif bagi mereka yang menginginkan spesifikasi seumpama Lexus LM.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu, Kia Carnival 2024 CKD kini boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu…
Berita Global
  Carnival generasi keempat sebenarnya mula dikeluarkan sejak 2020 dan tanpa perlu menunggu lebih…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…