Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani Kia pada model Carnival tersebut.
Ini kerana, berdasarkan imej intip yang diperoleh daripada laman Instagram motorsjason, Kia Carnival facelift itu dilihat membawakan rupa paras hadapan yang diinspirasikan daripada Kia EV9 dan Kia Sorento.

Bahagian belakang Carnival juga mendapat kemaskini rupa baharu, di mana ia membawakan unit lampu berbentuk T yang dihubungkan dengan bar LED melintang di bahagian tersebut.
Besar kemungkinan lampu membelok juga masih kekal di bahagian bawah.
Antara desas-desus yang didengari setakat ini ialah Kia Carnival bakal mendapat nadi plug-in hybrid (PHEV) 1.6 liter yang wujud pada model Sorento.
Dengan trenkuasa ini, Kia Carnival PHEV mampu menjana kuasa setinggi 261 hp dan mampu bergerak sejauh 48 km tanpa setitik minyak.
Sumber: Instagram motorsjason