Kia Carnival 2024 CKD dikemaskini, tiga varian, tempahan dibuka

oleh Mohamad Hanif|
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan berjenama Kia di Malaysia telah mengemaskini penawaran minivan Kia Carnival 2024 versi pemasangan tempatan (CKD).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk kemaskini terbaharu, Kia Carnival 2024 CKD kini boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu:

Kia Carnival 11 tempat duduk - RM198,500.00
Kia Carnival 8 tempat duduk - RM245,888.00
Kia Carnival 7 tempat duduk - RM259,888.00

Dari segi kuasa, Kia Carnival masih lagi kekal dengan nadi diesel turbo 2.2 liter yang mampu menghasilkan 199 hp dan 440 Nm, dipadankan dengan kotak gear automatik lapan nisbah kelajuan.
 

carnival


Menurut Dinamikjaya, Kia Carnival versi tujuh dan lapan tempat duduk kini didatangkan dengan kemasan dalaman leatherette hitam dan kelabu yang lebih sofistikated, rim aloi bersaiz 19 inci berwarna hitam, serta ciri yang dibawakan dari varian terdahulu seperti lampu nyalaan siang DRL LED, Dual Power Sunroof, Smart Power Sliding Doors dan Smart Power Tailgate.

Ciri lain termasuklah skrin infohibur 12.3 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, fungsi pemanas dan pengudaraan tempat duduk, sistem paparan keliling, tujuh slot USB, serta tempat duduk Premium Relaxation yang ditawarkan eksklusif untuk versi tujuh tempat duduk.
 

Kia


Ciri keselamatan yang dimuatkan secara standard termasuklah tujuh beg udara, ABS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Kawalan Brek Berbilang Pelanggaran (MCB), cagak ISOFIX, Bantuan Mula Mendaki (HAC) dan Sistem Pemantauan Titik Buta (BVM).

Sistem bantuan pemandu aktif pula termasuklah Bantuan Suluhan Tinggi (HBA), Amaran Pelanggaran Titik Buta (BCW), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA), Bantuan Mengikut Lorong (LFA) dan Kawalan Jelajah Pintar (SCC).

Empat warna ditawarkan untuk Kia Carnival CKD ini termasuklah Astra Blue, Snow White Pearl, Meteor Gray dan Jet Black.
 

Kia


Kia Carnival 2024 CKD ini didatangkan standard dengan jaminan pengeluar selama lima tahun, dengan had perbatuan 100,000 km (yang mana tiba dahulu), selain ditawarkan pakej servis penyelenggaran percuma lima tahun atau jarak perbatuan 100,000 km (yang mana tiba dahulu).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Carnival generasi keempat sebenarnya mula dikeluarkan sejak 2020 dan tanpa perlu menunggu lebih…