Kia Carnival dapat varian bumbung tinggi 'Hi Limousine' di Korea, bermula dari RM225 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Generasi keempat minivan Kia Carnival sudah pun dilancarkan di Korea semenjak Ogos yang lalu, dan pengeluar tersebut kini melancarkan sebuah lagi varian bumbung tinggi yang dinamakan sebagai varian Hi Limousine.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sekali imbas, anda akan menyangka Kia Carnival ini merupakan varian yang didatangkan dengan kotak kargo bumbung yang menawarkan ruang kargo tambahan.

Namun, ia sebenarnya merupakan penambahan ciri yang membolehkan Kia Carnival ini memperoleh ruang kepala yang sangat besar, iaitu 291 mm lebih tinggi berbanding model Carnival standard.

 


Kia menawarkan Carnival Hi Limousine dalam konfigurasi tujuh dan sembilan tempat duduk, di mana versi tujuh tempat duduk didatangkan dengan kerusi kapten pada baris kedua yang dilengkapi dengan ciri perehat kaki dan paparan pintar 21.5 inci untuk penumpang belakang.

Skrin itu tadi turut didatangkan dengan ciri sambungan TV HD-DMB, HDMI, USB, fungsi mirroring peranti pintar dan perkongsian kandungan.

Antara ciri standard lain termasuklah penapis udara kabin, tempat meletak cawan dengan penawaran ciri pemanasan dan penyejukan, langsir sisi, sistem pencahayaan lampu ambien dan lampu membaca untuk baris kedua dan ketiga.

 


Dari segi luaran pula, seperti yang disebutkan tadi Kia Carnival Hi Limousine menampilkan ciri seakan penambahan kotak kargo bumbung dengan kehadiran lampu bantuan brek LED di belakang, pelindung bampar hadapan, tempat pemijak sisi dan emblem 'Hi Limousine' pada pintu tailgate.

Di Korea, Carnival Hi Limousine ditawarkan dengan enjin Smartstream G3.5 GDI bentangan V6 yang mampu menghasilkan 290 kuasa kuda dan 355 Nm.

Harga jualan bermula dari 60.66 juta won (RM224,707) untuk versi Carnival sembilan tempat duduk.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu, Kia Carnival 2024 CKD kini boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu…
Berita Global
  Carnival generasi keempat sebenarnya mula dikeluarkan sejak 2020 dan tanpa perlu menunggu lebih…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…