Khidmat feri Pulau Pinang diganti dengan bot laju selepas 126 tahun berkhidmat

oleh SALINA JALIL|
Perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri ini sejak 126 tahun lalu, akan diganti bot penumpang laju bermula 1 Januari depan.


Feri sedia ada pula hanya akan digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula tarikh sama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng, berkata penambahbaikan akan dilaksana secara interim bermula 1 Januari depan hingga 30 Jun 2022, sebelum perkhidmatan katamaran atau teksi air diperkenalkan selepas tarikh terbabit.

 

Mengulas penggantian feri, katanya dua bot laju akan digunakan dan mampu membawa 200 penumpang dengan kepantasan perjalanan antara 10 hingga 15 minit serta kekerapan 40 kali sehari.

 

"Sepanjang tempoh itu, kedua-dua terminal di Pangkalan Raja Tun Uda di Georgetown dan Sultan Abdul Halim di Butterworth akan diubah suai dan dinaik taraf dengan terminal di Georgetown dipindahkan sementara ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).

 

"Ia bagi menyediakan perkhidmatan feri yang lebih cekap dan keselesaan terminal, malah kita memberi jaminan tambang juga akan dikekalkan sepanjang tempoh perkhidmatan interim ini," katanya ketika sidang media di Hotel Royale Chulan di Pengkalan Weld, hari ini.

 

Mengenai penggunaan katamaran atau teksi air, Teik Cheng berkata ia akan menggantikan bot laju selepas tempoh interim terbabit iaitu bermula 1 Julai 2022 atau mungkin lebih awal.

 

Katanya, tiga katamaran akan disediakan dengan kemampuan membawa sehingga 200 penumpang dan kepantasan antara 10 hingga ke 15 minit dengan kekerapan 40 kali sehari dengan pengendalian di bawah PPSB.

 

"Vehicle transporter (pengangkutan air) yang akan diperkenalkan pula hanya boleh digunakan pengguna basikal dan pembonceng motosikal dengan pengecualian kepada kenderaan empat roda bagi situasi kecemasan sahaja.

 

"Penggantian kepada bot jenis katamaran ini juga mengambil kira penjimatan yang dapat dilakukan memandangkan bot jenis ini mudah diselenggara.

 

"Berbanding feri sedia ada ketika ini, kos membaiki sebuah feri mencecah RM2.2 juta dan kita juga sukar mendapatkan alat ganti kerana perlu diimport dari Jerman dan Sweden.

 

"Keadaan menjadi lebih sukar bagi kita menyelenggara feri sedia ada tahun ini apabila kita turut berdepan perintah kawalan pergerakan (PKP)," katanya lagi.

 

Dengan penggunaan bot terbabit, ia sekali gus membayangkan berakhirnya perkhidmatan feri bagi kenderaan pacuan empat roda di negeri ini.

 

 

 

Laporan dari Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Sepanjang bulan ini, PPSB sentiasa memantau komen orang ramai dan kebimbangan mengenai…
Berita Domestik
"Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang nostalgia. Jadi rakyat Pulau Pinang cukup bertuah disediakan…
Berita Domestik
  "Projek pengubahsuaian terminal feri di kedua-dua belah bahagian pulau dan Seberang Perai ketika…