Kerajaan Persekutuan pertimbang kembalikan feri ikonik Pulau Pinang

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan Persekutuan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan feri ikonik Pulau Pinang yang telah ditamatkan operasi pada 2020.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pihaknya juga berdepan cabaran dari sudut operasi untuk mengembalikan feri ikonik itu disebabkan terminal lama sudah diubah suai untuk feri baharu yang hanya dapat membawa penumpang pejalan kaki dan penunggang motosikal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Projek pengubahsuaian terminal feri di kedua-dua belah bahagian pulau dan Seberang Perai ketika ini tidak lagi boleh menampung operasi feri ikonik melibatkan pergerakan kenderaan empat roda," katanya kepada pemberita selepas lawatan sehari ke Pulau Pinang pada Rabu.

 

Beliau berkata kerajaan juga akan meneliti cara operasi feri itu, sama ada sebagai feri pelancongan, feri roro atau feri muzium dan akan berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).

 

Perkhidmatan feri berkenaan telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.

 

Bot laju baharu yang diperkenalkan itu digunakan hanya untuk membawa penumpang pejalan kaki manakala feri ikonik sedia ada membawa kenderaan dua roda iaitu motosikal dan basikal.

 

Sementara itu, Loke berkata empat feri baharu akan mula beroperasi 1 Ogos ini dengan membawa penumpang pejalan kaki dan penunggang motosikal sahaja.

 

 

-- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Sepanjang bulan ini, PPSB sentiasa memantau komen orang ramai dan kebimbangan mengenai…
Berita Domestik
"Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang nostalgia. Jadi rakyat Pulau Pinang cukup bertuah disediakan…
Informasi
  "Pembiayaan tambang feri kepada penumpang pejalan kaki ini melibatkan peruntukan RM78,000…