Ketua Pereka Bugatti Veyron pindah Rolls-Royce

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rolls-Royce mengumumkan pelantikan individu yang bertanggungjawab menjadi ketua pereka Bugatti Veyron, Jozef Kaban sebagai Ketua Unit Rekaan yang baharu bermula serta-merta.

Sebelum ini, Kaban bertanggungjawab menjadi ketua pereka di BMW sejak tahun 2017 dan tempat beliau akan digantikan oleh Domagoj Dukec yang sebelum ini bertugas di divisyen M BMW dan BMW i. 

Kaban merupakan salah seorang pereka yang berpengalaman luas di dalam Kumpulan VW, malah beliau berupakan antara pereka termuda yang menyertai kumpulan tersebut pada usia 20 tahun. 

Antara rekaan beliau selain daripada Bugatti Veyron termasuklah Skoda Fabia, Skoda Kodiaq, VW Lupo dan juga Seat Arosa. 

Sumber: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Ada kalanya saiz yang ditawarkan itu mengalahkan saiz skrin monitor di pejabat rumah penulis.…
Berita Global
Sasha Selipanov, seorang graduan dari Art Centrer College of Design di Pasadena, California…
Berita Global
Seperti mana yang kita semua maklum, Geely kini memiliki beberapa buah jenama besar seperti Volvo,…