Teknologi skrin bersaiz besar bakal pupus kelak - ketua pereka BMW, Polestar

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu perkara yang sudah pun menguasai industri automotif masa kini adalah perlumbaan untuk menawarkan paparan skrin bersaiz besar di dalam ruang kabin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ada kalanya saiz yang ditawarkan itu mengalahkan saiz skrin monitor di pejabat rumah penulis.

Lihat sahaja contoh seperti MBUX Hyperscreen bersaiz 56 inci oleh Mercedes-Benz pada model EQS, diikuti dengan penawaran skrin 31 inci dengan resolusi 8K pada model BMW 7 Series (dan juga i7).

Namun menurut kebanyakan ketua pereka di dalam industri automotif, era penawaran skrin bersaiz besar itu mungkin akan beransur-ansur pupus kelak.

Hal ini sebenarnya disuarakan oleh moderator forum yang dianjurkan oleh Car Design News yang membincangkan masa depan rekaan ruang dalaman bagi kereta-kereta mewah, dan salah satu soalan yang diutarakan adalah berkenaan kereta mewah yang sangat sinonim dengan penawaran skrin paparan yang besar.
 

BMW i7


Menurut ketua rekaan dalaman BMW i, Matthias Junghanns menjawab, "Adakah skrin besar itu sangat penting? Saya secara peribadi percaya permukaan kaca hitam itu.. lambat laun akan dilupakan dan ditinggalkan.

Beliau percaya masa depan akan menawarkan rekaan baharu "di mana segala kecerdasan akan muncul di hujung jari, namun antara muka hanya akan muncul bila mana anda memerlukan, dan apabila anda mahukannya."

Hal ini turut disokong oleh pengurus rekaan dalaman Polestar, Conny Blommé yang menyebut, "setiap perkara mempunyai kemuncak, dan kemungkinan tren skrin itu juga.

Beliau menambah, "kebanyakan masa ketika sedang mengembara di dalam kereta, anda akan lebih menikmati pemandangan di luar berbanding apa yang ditawarkan oleh skrin besar.
 

o2


Sumber: Car Design News melalui The Drive