Bekas pereka Bugatti Chiron sertai Koenigsegg!

oleh Mohamad Hanif|
Koenigsegg Automotive AB baru-baru ini mengumumkan kemasukan Sasha Selipanov, bekas pereka supercar Bugatti Chiron sebagai ketua unit rekaan Koenigsegg bermula Oktober ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sasha Selipanov, seorang graduan dari Art Centrer College of Design di Pasadena, California memulakan kerjanya di Volkswagen pada tahun 2005 sebelum menyertai Lamborghini dan bertanggungjawab ke atas model Huracan. 

Kemudian, tahun 2014 Selipanov dilantik sebagai Ketua Rekaan Luaran Kreatif Bugatti di mana beliau diberikan tugas untuk mereka Bugatti Vision Gran Turismo dan Bugatti Chiron. 

Tiga tahun selepas itu, Selipanov berhijrah ke Genesis sebagai Ketua Global Advanced Design dan boleh dilihat hasil kerjanya menerusi Genesis Essentia dan Genesis Mint. 
 


Selain menjadi ketua unit rekaan di Koenigsegg, Selipanov akan berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pereka di syarikat baharu RAW Design House di Angelholm, Sweden. 

Menurut Selipanov, ia merupakan satu impian menjadi kenyataan kerana beliau sudah lama mengikuti dan menjadi peminat semangat dan komitmen Koenigsegg di dalam inovasi teknologi. 

"Saya berasa amat berbangga mencurahkan kepakaran saya untuk kereta sports Koenigsegg," ujar beliau.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ada kalanya saiz yang ditawarkan itu mengalahkan saiz skrin monitor di pejabat rumah penulis.…
Berita Global
Rolls-Royce mengumumkan pelantikan individu yang bertanggungjawab menjadi ketua pereka Bugatti…
Berita Global
Seperti mana yang kita semua maklum, Geely kini memiliki beberapa buah jenama besar seperti Volvo,…