Kesemua model Hyundai, Genesis, dan Kia bakal guna sistem infotainmen Nvidia Drive mulai 2022

oleh Mohamad Hanif|
Bermula tahun 2022, kesemua model kenderaan di bawah jenama Hyundai, Kia dan jenama mewah Genesis bakal menggunapakai sistem infotainmen Nvidia Drive secara standard.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem Nvidia Drive yang disebutkan itu merangkumi perisian dan perkakasan (software dan hardware) yang mengawal sistem audio, video, sistem navigasi pemetaan, sistem penderia bantuan pemanduan serta sistem kemaskini over-the-air.

 


Ini bermakna, bukan sahaja kereta premium dan mewah, bahkan kereta aras mula dari Hyundai dan Kia juga bakal menikmati sistem infotainmen yang dibangunkan oleh Nvidia ini.

Sistem infotaimen moden ini sudah pun mulai didapati pada model baharu Genesis GV80 dan Genesis G80, manakala kokpit digital termaju pula disasarkan pengenalannya pada penghujung tahun 2021.

 


Menurut Paul Choo, naib presiden kanan unit Electronics Tech di Hyundai Motor Group berkata, "platform Nvidia Drive sudah pun terbukti, ia merupakan solusi berskala, jimat tenaga, dan mempunyai keupayaan untuk menyokong generasi baharu kenderaan yang lebih moden.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah sistem infotainmen…
Berita Global
CarPlay baharu membolehkan telefon pintar iPhone berinteraksi dengan sistem operasi kenderaan dan…
Berita Global
Namun, ada di antara mereka yang masih lagi meneruskan produksi, namun terdapat sesetengah…