Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah sistem infotainmen dan kamera pandang belakang itu menyebabkan SUV tersebut tidak memenuhi peraturan nombor 111 Federal Motor Vehicle Safety Standard, iaitu penglihatan belakang.
Masalah ini berpunca daripada pembekal, di mana sesetengah unit infotainmen tersebut dihasilkan dengan menggunakan input voltan yang terlalu tinggi, sehingga mengakibatkan berlakunya ralat pada salah satu daripada alat kawal selia voltan yang terdapat di dalam sistem tersebut.

Menurut Lamborghini, semasa sistem kenderaan dimatikan, ralat tersebut akan menyebabkan kerosakan kepada pelbagai komponen di dalam unit kawalan, seperti paparan skrin serta kamera pandang belakang.
Mujur kes ini tidak melibatkan angka yang besar.
Secara keseluruhan, sebanyak 48 unit Lamborghini Urus terlibat, di mana kesemuanya diproduksikan antara tarikh 16 September 2021 hingga 23 September 2021.