CarPlay baharu membolehkan telefon pintar iPhone berinteraksi dengan sistem operasi kenderaan dan memberikan informasi-informasi tambahan untuk kenderaan dengan pelbagai skrin.
Kenderaan sekarang kebanyakannya datang dengan dua skrin, iaitu skrin untuk infotainmen di tengah dan skrin kelompok meter di hadapan pemandu.
CarPlay terkini dikatakan akan memberikan lebih akses kepada Apple untuk mewujudkan fungsi-fungsi tambahan yang berkait dengan peranti pada kenderaan itu sendiri.
Ini bermakna pemandu boleh mengawal radio dan juga pendingin hawa melalui CarPlay.
CarPlay baharu juga mampu menerima input data seperti kelajuan, tolok bahan api, suhu dan pelbagai lagi dari kenderaan dan mereka bentuk kelompok meter dan menambah widget-widget mengikut kehendak dan keperluan masing-masing.
Dua syarikat kenderaan, Ford dan Jaguar Land Rover juga telah mengumumkan ia akan mengintegrasikan iOS 16 ke dalam produk-produk mereka.