Kesemua 125 unit Koenigsegg Jesko laris sebelum buat kemunculan rasmi!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Koenigsegg Jesko, hypercar terbaharu yang hadir daripada pengeluar Sweeden itu dikhabarkan sudah pun habis terjual sebelum sempat ia membuat kemunculan rasmi di Geneva Motor Show. 

Baca: Koenigsegg Jesko pengganti Agera RS

Daripada 125 buah slot yang diperuntukkan untuk para pembeli yang kaya raya, 83 unit sudah pun berjaya dijual manakala selebihnya habis terjual beberapa jam sebelum Koenigsegg mempersembahkannya kepada umum buat kali pertama. 
 


Menurut CEO Christian Von Koenigsegg, ini merupakan satu rekod baharu memandangkan Jesko merupakan produksi hypercar yang dihasilkan dalam jumlah yang tinggi, tidak seperti model hypercar Koenigsegg yang lain. 

Dengan harga jualan bermula dari $2.8 juta (RM11.73 juta tidak termasuk aksesori tambahan), produksi Jesko hanya akan bermula menjelang tahun 2020 dengan kadar penghasilan satu hypercar untuk satu minggu. 
 


Koenigsegg Jesko didatangkan dalam dua varian, iaitu Track dan Top Speed, manakala kuasa 1,280 hp pula hadir daripada nadi enjin bentangan V8 turbo berkembar 5.0 liter yang mampu bergerak menggunakan bahan api RON95 dan E85.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dikuasakan oleh nadi Chiron W16 yang telah diubahsuai supaya mampu menghasilkan kuasa setinggi 1…
Berita Global
Nama yang tidak asing dalam persaingan kelajuan tertinggi, Koenigsegg dilapor bakal memecahkan…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…