Koenigsegg rancang pecahkan rekod kelajuan tertinggi tahun ini, 531 kmj!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Persaingan dalam rekod kelajuan tertinggi sememangnya menjadi penanda aras bagi menunjukkan kehebatan sesebuah jentera hypercar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nama yang tidak asing dalam persaingan kelajuan tertinggi, Koenigsegg dilapor bakal memecahkan catatan rekod terdahulu dengan jentera produksi terpantasnya, iaitu Jesko Absolut.

Menurut laporan media Sweden iaitu Carup, Koenigsegg mendedahkan perancangan untuk memecahkan rekod kelajuan tertinggi menggunakan Jesko Absolut pada tahun ini.

 

2

 

Kembali pada tahun 2020, pengasas dan CEO Koenigsegg iaitu Christian Von Koenigsegg pernah meramalkan bahawa hypercar terbaharunya itu mampu mencapai kelajuan tertinggi sehingga 330 mph atau 531 kmj!

Namun menurut Christian juga ramalan itu berdasarkan teori, di mana hasil kelajuan tertinggi itu bergantung kepada pemandu itu sendiri, lokasi ujian, serta keupayaan sebenar jentera tersebut. 

Jika teori kelajuan itu berjaya dibuktikan, ia sekaligus menjadikan Jesko Absolut sebagai kereta produksi terpantas yang pernah dihasilkan, mengalahkan seterunya seperti Bugatti Chiron Super Sport 300+ and the Hennessey Venom F5.

 

3

 

Tidak mustahil jika dilihat dari aspek kuasa dan spesifikasi Jesko Absolut, di mana ia dikuasakan nadi V8 5.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan keluaran kuasa sehingga 1,600 HP dan 1,500 Nm!

Koenigsegg sebelum ini juga pernah mencipta rekod untuk kereta produksi terpantas pada 2017 menggunakan Agera RS, dengan kelajuan purata 277.9 mph (447.2 kmj).

Untuk menghasilkan rekod tersebut, Koenigsegg melakukan ujian di lebuh raya awam tertutup di tengah-tengah padang pasir Nevada.

 

4

 

Berbanding pesaingnya yang menetapkan kelajuan mereka dalam satu arah atau dengan kereta yang tidak dihomologasikan untuk kegunaan jalan raya, Koenigsegg menetapkan kelajuan di kedua-dua arah dan mengambil purata, cukup untuk mendapatkan rekod yang disahkan dengan Guinness World Records.

Walaupun tidak berkemampuan, namun para petrolhead seperti penulis pastinya teruja untuk menyaksikan rekod-rekod sebegini dihasilkan.

 

Baca: Koenigsegg Jesko Absolut - Raja segala Koenigsegg!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, perkembangan baharu yang dibawakan ini mungkin akan mengejutkan anda.  Ini kerana menurut…
Berita Global
Walaupun hasrat untuk memperkenalkan model tersebut tidak kesampaian gara-gara Geneva Motor Show…