Kes curi rel keretapi 72 tan, 13 individu ditahan polis

oleh Penyumbang Rencana|
13 individu termasuk seorang wanita telah ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian rel keretapi seberat 72 tan di Stesen Keretapi Gemas, Tampin, menurut laporan Bernama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nilai kerugian dianggarkan bernilai RM90,000. 

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata polis menerima laporan berkenaan kehilangan aset Keretapi Tanah Melayu Berhad itu daripada seorang wanita yang juga Pegawai Tadbir Perbadanan Aset Keretapi (RAC) pada 16 Dis lepas.

Beliau berkata suspek terdiri daripada seorang wanita dan 12 lelaki berusia lingkungan 35 hingga 56 tahun dan tangkapan dilakukan secara berperingkat di Rompin, Pahang, Jalan Campbell di Seremban, Klang, Selangor dan Masai, Johor.

“Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Sembilan bersama pasukan risikan operasi Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tampin telah melakukan beberapa siri tangkapan bermula 19 Dis sehingga hari ini.

“Siasatan awal mendapati pekerja syarikat yang mengaku bekerja di bawah RAC bagi tugasan pengambilan harta benda (besi landasan terpakai) telah mengambil rel terpakai tersebut dengan menunjukkan surat palsu dari RAC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas barang kes iaitu empat telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux hitam, dua keping invois pembelian besi buruk, tiga lori jenis Scania berserta kunci dan 10 kepingan besi rel KTM seberat lebih kurang 24 tan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek kini ditahan reman empat hari dari tarikh tangkapan.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, penahanan mereka berusia antara 17 hingga 32 tahun juga membolehkan 30 kes kecurian…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata siasatan awal…