Percubaan 'kancil' curi lembu!

oleh SALINA JALIL|
Gerak-geri mencurigakan dua lelaki menaiki sebuah Perodua Kancil membawa kepada terbongkarnya kegiatan mencuri seekor lembu yang cuba dilarikan menggunakan kenderaan itu, semalam.


Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Bechah Terap, Melor, Kota Bharu dekat sini, kira-kira jam 5 pagi semalam, apabila pemilik ternakan itu dimaklumkan oleh rakannya mengenai kehilangan lembu yang ditambat di tepi tali air.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata siasatan awal mendapati, penduduk kampung mendakwa melihat sebuah Perodua Kancil dipandu dalam keadaan mencurigakan dengan membawa bersama seekor lembu.

 

“Tidak lama selepas itu, pemilik lembu berkenaan dan beberapa penduduk kampung terserempak dengan kereta dinaiki kedua-dua suspek sebelum menahan kenderaan terbabit di tepi jalan Kampung Padang Bemban.

 

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek bergegas melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

 

“Pemeriksaan penduduk kampung membawa kepada penemuan seekor lembu dalam kenderaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, penduduk kampung cuba mengesan kedua-dua suspek sekitar kampung berkenaan sebelum dapat menahan seorang daripadanya kira-kira jam 10 pagi.

 

Abdul Rahim berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan selepas dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan di Kampung Panjang.

 

“Penduduk kampung kemudian menghubungi pihak polis dan menyerahkan suspek bersama kenderaan dinaiki serta lembu yang cuba dicuri.

 

“Bagaimanapun, seorang daripada suspek dapat melarikan diri,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

 

 

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Nilai kerugian dianggarkan bernilai RM90,000.  Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab…
Berita Domestik
  Katanya, penahanan mereka berusia antara 17 hingga 32 tahun juga membolehkan 30 kes kecurian…